YC562: SIMPILE

MOHAMAD AERON ASYRAFF BIN MOHAMAD AIDI KOLEJ VOKASIONAL IPOH

SIMPILE merupakan model simulasi Ujian Cerucuk untuk Pembelajaran Teknologi Pembinaan merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang dibangunkan khusus bagi menyokong pengajaran Modul Pemantauan Kerja Cerucuk (CCA 2113) dalam Program Teknologi Pembinaan. Kandungan modul ini mengandungi teori yang padat berkaitan prosedur PDA test, kaedah pemantauan cerucuk dan interpretasi kerja di tapak, menyebabkan sebahagian pelajar sukar memberi tumpuan dan kurang memahami aliran kerja sebenar. Sehubungan itu, SIMPILE dihasilkan sebagai model fizikal ringkas yang membolehkan pelajar melihat gambaran sebenar proses ujian cerucuk melalui pendekatan hands-on dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Objektif inovasi ini adalah untuk meningkatkan minat belajar, membantu kefahaman terhadap urutan pemantauan kerja cerucuk serta mengurangkan kebergantungan kepada penerangan teori semata-mata. Model ini dibina menggunakan bahan berkos rendah, mudah alih dan selamat digunakan di dalam kelas atau bengkel. Penilaian keberkesanan dilaksanakan melalui pemerhatian semasa PdP dan soal selidik terhadap pelajar yang mengikuti modul CCA 2113. Hasil penggunaan SIMPILE menunjukkan peningkatan tumpuan, kefahaman konsep dan penglibatan aktif pelajar. Inovasi ini berpotensi menjadi alat sokongan PdP yang efektif bagi Modul Pemantauan Kerja Cerucuk di Kolej Vokasional serta membantu melahirkan pelajar yang lebih bersedia memahami amalan industri sebenar.