MUHAMMAD IZDIHARUDDIN BIN MOHAMAD ZAID NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS
Cucumber Curry Bun ialah produk makanan yang berasaskan 2 bahan iaitu sayuran seperti timun dan daun kari. Ia betujuan menarik minat pelanggan yang hanya makan makanan vegetarian. Penggunaan buah timun mempunyai banyak khasiat dan kebaikkan serta kaya dengan pelbagai nutrisi seperti, protein, serat, vitamin c, vitamin k, magnesium, potassium dan rendah kalori. Ia juga dapat mengurangkan penyakit sembelit dan membantu membuatkan badan kekal terhidrat. Selain itu, daun kari mempunyai khasiat yang membantu menurunkan paras kolesterol darah dalam badan, melancarkan penghadaman, menurunkan berat badan serta kaya dengan vitamin A yang mengandungi karotenoid dan dapat mengurangkan kemungkinan kerosakan pada kornea mata. Di samping itu, kandungan zat besi dan asid folik dalam daun kari ini membantu mengekalkan kiraan sel darah merah dalam badan dan salah satu manfaat kesihatan terbesar daun kari ini ialah ia berpotensi untuk mengawal diabetes. Oleh hal yang demikian, produk cucumber curry bun dapat digunakan oleh semua individu tanpa mengira jantina dan usia. Perlaksanaan produk cucumber curry bun juga dapat digunakan dalam mengekalkan pemakanan yang sihat.