PRV65: PEMBARIS BOLEH LARAS

PEYONA BINTI MOKHTAR SK BINUANG

Pembaris boleh laras ini dicipta untuk mengatasi masalah murid dalam kemahiran menulis, iaitu perkataan yang ditulis oleh murid tidak mempunyai jarak antara perkataan. Kemahiran menulis merupakan antara aspek yang dinilai dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Inovasi ini dicipta berdasarkan teori pembelajaran Pelaziman Klasik oleh Ivan Pavlov. Inovasi ini akan Menyumbang kepada anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa iaitu: Murid memerlukan bimbingan tambahan akan mendapat akses kepada bantuan bersesuaian dengan keperluan untuk menjamin kejayaan mereka disekolah. Melancarkan kurikulum sekolah dengan memberi penekanan kepada pengajaran berpusatkan murid dan pengajaran yang dibezakan. Dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 1 jelas menyatakan bahawa “….Penekanan perlu diberikan .… serta tulisan yang jelas dan kemas. Selain itu, inovasi ini juga menyokong kepada TS25. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah analisis dokumen,ujian pra serta pos dan portfolio. Outcome penggunaan alat ini ialah peningkatan TP kemahiran menulis, daripada TP2 kepada TP3. Kesan pengajaran kepada guru pula ialah peningkatan keberkesanan pengajaran dengan mencapai objektif kemahiran menulis. Impak penggunaan alat ini bukan sahaja berkesan kepada murid tahun 1 tetapi juga kepada murid Prasekolah. Dalam pada itu, alat ini juga memberi kesan luar jangka iaitu tulisan murid bukan sahaja mempunyai jarak tetapi tulisan murid menjadi lebih kemas dalam ruang garisan buku.