PR56: Glow Cube

Hafizah Abdul Ghani Kolej Vokasional Sungai Petani 2

IRISE26 | Professional Innovator

CR: 0.0714 | 1 Likes | 14 Views | 47 times | LS: 48.1
Like it? | Support them now!

Glow Cube merupakan sebuah inovasi pendidikan berasaskan permainan yang bertujuan memperkenalkan konsep STEM dan TVET kepada kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti binaan litar yang mudah, selamat dan menyeronokkan. Produk ini dihasilkan menggunakan kertas keras 120gsmLED merah, biru dan kuningbaterinylon circuitmagnet, dan klip kertas sebagai komponen sambungan litar. Glow Cube membolehkan kanak-kanak meneroka asas elektrik dengan menyambung litar bagi menyalakan LED berwarna, memahami aliran arus ringkas serta mengenal pasti bahan pengalir dan bukan pengalir. Melalui pendekatan hands-on ini, murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus, penaakulan saintifik, kreativiti, dan pemikiran kritis. Inovasi ini bukan sahaja menyokong pembelajaran berasaskan permainan, tetapi turut menjadi platform awal untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap bidang STEM dan TVET selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.