PRV405: JEJAK SIRAH

Thuraya Mohd Said @ Hashim University Of Malaya

iRISE25 | Professional - Online

CR: 0.0000 | 0 Likes | 14 Views | 30 times | LS: 30.0
Like it? | Support them now!

Kursus Fiqh al-Sirah (IAD1007) merupakan salah satu kursus wajib bagi pelajar peringkat Asasi di Akademi Pengajian Islam (API), Pusat Pendidikan Universiti Malaya (PPUM), Bachok. Sirah Nabi saw. sebagai satu cabang penting dalam kajian sejarah Islam, memerlukan pemahaman yang mendalam tentang peristiwa, tarikh, tempat dan individu yang terlibat. Sebilangan pelajar menghadapi kesukaran dalam menghafal fakta sejarah yang banyak. Tambahan, pelajar mungkin kurang tertarik dengan pembelajaran sejarah yang dianggap membosankan dan kurang interaktif . Hal ini dibimbangi akan memberi kesan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan kursus tersebut. Oleh itu, pembelajaran interaktif mealui aplikasi Kahoot diperkenalkan. Penggunaan pendekatan gamifikasi melalui Aplikasi Kahoot! dalam pengajaran sirah bertujuan untuk membantu pelajar mencapai prestasi dan keputusan akademik yang lebih cemerlang. Disamping, akan memudahkan proses pembelajaran serta ulangkaji sebelum peperiksaan akhir. Pengenalan gamifikasi dalam pembelajaran dan pengajaran kursus ini bertujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran kursus Fiqh al-Sirah. Meningkatkan kemampuan pelajar untuk menghafal fakta sejarah. Mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran seiring dengan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Projek ini disediakan untuk pelajar asasi API PPUM Bachok dengan tempoh pelaksanaan selama satu semester / empat bulan. Hasil yang dijangkakan dari projek ini adalah untuk meningkatkan motivasi belajar, pemahaman, serta minat terhadap sirah Nabi saw. Di samping, mendapat keputusan akademik yang lebih cemerlang.