PRV131: H.E Kit For Deaf Education

IRNI NOR SUHANA BINTI ISMAIL POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

iRISE25 | Professional - Online

CR: 0.0909 | 1 Likes | 11 Views | 14 times | LS: 15.1
Like it? | Support them now!

Sulaman tangan ialah seni tangan kreatif yang menghasilkan karya seni berekspresi dengan sentuhan unik serta keindahan estetik. Pembelajaran sulaman tangan bagi orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu memerlukan pendekatan khusus agar mereka dapat mempelajari seni kreatif ini dengan lebih efektif. Kursus DVF30102 Embroidery dan SVF2043 Sulaman adalah pengenalan kepada idea kreatif sulaman dalam bentuk karya seni dan hiasan permukaan bersandarkan kreativiti dan teknik yang dihasilkan. Kursus ini wajib di ambil oleh pelajar semester 3 peringkat Diploma dan semester 2 bagi peringkat Sijil bagi pelajar berkeperluan khas pekak dan bisu. Hand Embroidery Kit (H.E Kit) adalah initiatif pensyarah dalam usaha penambahbaikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas pekak dan bisu. H.E Kit adalah set lengkap sulaman tangan yang dilengkapi dengan bahan-bahan untuk menghasilkan produk sulaman seperti beg kanvas, benang sulam pelbagai warna, pemidang ram yang berukuran 6 inci dan jarum jahit benang. Keistimewaan yang terdapat pada H.E Kit ini adalah terdapat arahan cara menghasilkan sulaman berbentuk visual bergambar, video audio bagi pelajar normal dan video Bahasa Isyarat Tangan dengan menggunakan imbasan kod QR dan laman web https://embroideryfordeafpdp.my.canva.site/kitsulaman bagi memudahkan pelajar berkeperluan khas untuk mempelajari dengan lebih mudah dan memberi kefahaman menerusi kaedah pembelajaran terbaik secara menyeluruh. Pembelajaran secara hybrid adalah pembelajaran yang dilakukan dengan menggabungkan kaedah pembelajaran secara dalam talian dan secara bersemuka di dalam kuliah. Tujuan video Bahasa Isyarat Tangan di bangunkan adalah bagi memudahkan pelajar berkeperluan khas dapat mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara peribadi diluar waktu sesi pembelajaran. Selain itu, H.E Kit juga mensasarkan kepada pelajar normal serta masyarakat bertujuan untuk memperkayakan hasil produk kreatif dalam industri kraftangan.