BUSYRA BINTI SALIHIN UNIVERSITI MALAYA
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia, khususnya aspek nahu dan kosa kata menghadapi pelbagai cabaran. Pelajar sering mendapati tatabahasa sukar difahami kerana kerumitan sistem i'rab, peraturan tatabahasa yang kompleks, dan perbezaan struktur bahasa berbanding Bahasa Melayu (Mat Taib pa, 2001) menyebabkan mereka mengulangi kesalahan yang sama dalam penulisan Bahasa Arab (Sulaiman Ismail, et all ,2021). Di samping itu, pelajar kerap menghadapi kekurangan kosa kata untuk membina ayat yang betul dan boleh difahami (Aluwi & Abdul Ghani, 2023) Untuk mengatasi cabaran ini, pendekatan gamifikasi telah dikenal pasti sebagai salah satu pengajaran inovatif untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Dengan memperkenalkan permainan UNO al-Lughawiyyah, pembelajaran Bahasa Arab menjadi lebih interaktif, menyeronokkan, dan bermakna, di mana pelajar dapat belajar sambil bermain. Permainan ini membantu pelajar memahami tatabahasa serta memperluas kosa kata mereka melalui aktiviti yang melibatkan konteks, kerjasama, dan kompetitif.