PR616: CosmeSaurus V1

NOR HUDA BINTI JAMALLUDDIN KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

CosmeSaurus v1 dibangunkan bagi membantu pelajar program Kosmetologi di Kolej Vokasional terutamanya pelajar baharu dalam memahami istilah dan terma penting dalam bidang kosmetologi/kecantikan secara lebih jelas, tepat dan berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pengalaman pengajaran, pelajar sering menghadapi kesukaran apabila mencari maksud istilah melalui carian umum seperti Google kerana maklumat yang diperoleh terlalu meluas, tidak tersusun dan ada kalanya tidak selari dengan konteks dalam rawatan kecantikan yang dipelajari. CosmeSaurus v1 merupakan aplikasi mudah alih berbentuk prototaip yang menggunakan fungsi carian pantas untuk membolehkan pelajar mencari istilah seperti indikasi, nama-nama bahan kimia dalam kosmetik mahupun terma dalam anatomi dan fisiologi. Aplikasi ini memaparkan maklumat yang telah ditapis dan disesuaikan khusus untuk PdP program Kosmetologi. Sebagai contoh, apabila pelajar mencari istilah “indikasi”, aplikasi akan memaparkan penerangan ringkas dalam konteks Pdp Kosmetologi bagi istilah tersebut. Penggunaan CosmeSaurus v1 membantu pelajar memperoleh kefahaman yang lebih tepat, konsisten dan kontekstual tanpa gangguan maklumat yang tidak relevan. Inovasi ini menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar, memudahkan rujukan pantas semasa kelas teori dan amali, serta selari dengan keperluan pembelajaran berasaskan teknologi.