YC632: SABUN RAYDA

NURUL NABILA HUDA BINTI MOHD AZRULSHAMSURI KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

IRISE26 | Young Creator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Demam panas adalah antara gejala kesihatan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan warga emas. Jika tidak dirawat segera, keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi serius seperti sawan panas atau dehidrasi. Penggunaan ubat antipiretik adalah amalan biasa, namun dalam keadaan kecemasan atau di kawasan yang sukar mendapat akses kepada ubatan moden, kebergantungan kepada bahan kimia mungkin menjadi isu. Sehubungan itu, projek inovasi ini bertujuan menghasilkan sabun kecemasan yang berfungsi membantu menurunkan suhu badan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati dan selamat. Sabun ini dikenali sebagai HiMint, diformulasikan daripada lendir daun bunga raya yang mengandungi β-sitosterol, serta daun durian belanda yang mempunyai sifat analgesik dan antioksidan. Selain itu, ekstrak daun pandan turut ditambah sebagai pewangi semula jadi yang menyegarkan. Kajian ini dijalankan dengan merangka hipotesis bahawa kombinasi bahan-bahan semula jadi ini mampu membantu menurunkan suhu badan dengan lebih pantas tanpa kesan sampingan yang berbahaya. Kesimpulannya, sabun HiMint berpotensi sebagai alternatif produk kecemasan semula jadi yang selamat, praktikal dan mesra alam.