PRV160: GALLUS POT

NORAZILA BINTI MOHD NOR KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

iRISE25 | Professional - Online

CR: 0.3204 | 33 Likes | 103 Views | 49 times | LS: 92.6
Like it? | Support them now!

Gallus merujuk kepada nama saintifik bagi ayam. Gallus Pot adalah pasu semaian biji benih hasil kombinasi bahan terbuang iaitu kulit telur, kotak telur dan hampas kopi. Kotak telur dapat mengekalkan kelembapan tanah dan membantu pertumbuhan awal biji benih. Ia memudahkan pemindahan anak pokok ke tanah seterusnya dapat mengurangkan risiko kerosakan akar. Kulit telur mengandungi nutrien untuk pertumbuhan pokok, menguatkan dinding sel tumbuhan, meningkatkan ketahanan terhadap penyakit dan memperbaiki struktur tanah. Hampas kopi beraroma adalah sumber baja organic, menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma berfaedah untuk proses penguraian kulit telur. Produk mesra alam ini dapat menyahut seruan Kerajaan dalam Kempen Penghijauan Malaysia 2021-2025.