Nursyaza Adila Binti Rohizam Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat
Bidang Pembelajaran 10.0Kimia Dalam Perubatan dan Kesihatan Sains tingkatan 4 merupakan topik digemari murid. Kajian awal mendapati 4 daripada 7 kumpulan murid 4Cemerlang mengalami kesukaran dalam menjalankan projek topik ini. Satu intervensi dilaksanakan melalui aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dengan merekabentuk bahan menggunakan rempahratus iaitu “CinnaClove Wellness”. Inovasi lilin terapeutik ini menggunakan bunga cengkih,kulit kayu manis dengan campuran lemon dan minyak kelapa dara. Ia mengandungi eugenol sebagai anaestetik semulajadi membantu mengurangkan rasa sakit dan memberikan perasaan psikologi menenangkan. Ujian dijalankan ke atas 10 murid yang mengalami stres dan sakit kepala dan mampu mengurangkan simptom tersebut hampir 80% dalam masa 5-15minit.