PRV534: XPERT LOKUS

NUR AZILAH BINTI YAHAYA SMK BALING

Dari pemerhatian guru mengajar tajuk lokus, didapati murid tidak dapat menguasai tajuk ini dengan baik kerana tidak dapat melihat pergerakan lokus yang terhasil hanya sekadar berpandukan buku teks. Guru telah merangka aktiviti intervensi melibatkan penggunaan Xpert Lokus semasa proses PdP. Pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pasca dilaksanakan melibatkan 25 orang murid kelas tingkatan 3AH. Guru menggunakan perisian ‘Clevermath’ yang dilengkapi dengan peralatan seperti jangka lukis, jangka sudut, pembaris, serta pen secara maya. Penggunaan Xpert Lokus membantu murid untuk menentukan lokus bagi setiap pergerakan yang dinyatakan. Kajian ini dilaksanakan selama enam minggu. Hasil daripada pelaksanaan kajian ini, murid dapat menentukan lokus bagi setiap situasi atau masalah yang diberikan dan murid juga terlibat secara aktif semasa proses pdp. Xpert Lokus ini dapat menarik minat murid untuk menguasai topik lokus dalam dua dimensi dengan lebih berkesan.