MUHAMMAD AIMAN HAQIMI BIN MOHD ZAKI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER
Menggunakan sisa potongan kayu dan serpihan kayu, yang digabungkan melalui teknik laminasi untuk menghasilkan produk baharu yang mempunyai nilai estetik dan bernilai tinggi kerana setiap corak yang akan dihasilkan tidak boleh ditiru. Inovasi ini juga dapat memanfaatkan sisa kayu yang terhasil dari proses kerja penghasilan perabot disamping dapat menyokong amalan kelestraian alam. Teknik laminasi kayu diaplikasikan dalam kerja ini dimana teknik tekanan menggunakan pengapit (clamp) dan perekat PV sebagan bahan pengikat. Penghasilan daripada proses ini menghasilkan satu struktur yang baik, permukaan yang rata serta nilai estetika yang tinggi. Kesimpulannya, inovasi ini memberi nilai tambah kepada sisa kayu yang sebelum ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.