NUR AINSYAH BINTI MAT YUSOFF IPGM Kampus Raja Melewar
Inovasi ZOO.LINGO diperkenalkan sebagai satu medium pembelajaran interaktif dalam pengajaran Pendidikan Islam yang direka khas untuk murid Tahun Dua. Inovasi ini dibangunkan menggunakan aplikasi Virtual Reality (VR) iaitu CoSpace.Edu yang membolehkan murid meneroka pengalaman sebenar secara maya. Inovasi ini memfokuskan kepada kemahiran membaca dan membina dan perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih dengan betul. Melalui pengalaman yang bersifat realiti ini, kefahaman murid dalam menguasai topik perkataan tiga suku kata Jawi dapat ditingkatkan dengan baik. Bukan itu sahaja, penerapan pelbagai elemen seperti kombinasi warna, visual dan animasi yang berbunyi serta bersuara akan meningkatkan lagi rangsangan minda dalam pembelajaran.