MUHAMMAD FAZLEY BIN ABDULLAH SMK Bagan Terap
Projek ini dijalankan untuk menghasilkan air yang lebih bersih. Masalah yang dikenalpasti adalah kesukaran untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Projek ini melibatkan penulenan air menggunakan pisang, atau ‘Purification by Banana’ (Purinana). Beberapa faktor yang mempengaruhi penulenan ini telah dikenalpasti, iaitu faktor saiz kulit pisang serta tempoh masa penulenan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kulit pisang yang dipotong kepada saiz kecil dapat memberi hasil penulenan yang lebih baik, iaitu air yang keruh bertukar menjadi lebih jernih dengan paling cepat. Penulenan yang dilakukan pada tempoh masa 24 jam pula dapat menghasilkan air yang lebih jernih berbanding tempoh masa yang lebih singkat.