RUZAIMI BIN OTHMAN SMK AGAMA (P) ALAWIYAH KANGAR
Eunoia board merupakan satu papan deria inovatif yang direka khas untuk pelajar bagi membantu melepaskan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental murid. Papan ini bukan sahaja merangsang kreativiti murid, tetapi ianya juga memberi ruang kepada minda untuk berehat dan merasa lebih tenang. papan eunoia ini merangsang semua deria individu iaitu deria rasa,sentuh, lihat, dengar, bau, dan bunyi. Ianya sangat sesuai digunakan oleh murid sekolah dipelbagai peringkat umur. Murid akan merasa lebih gembira, seronok dan tenang setelah menggunakan papan eunoia ini.