HUDA SOFEA BINTI MOHD EZRY SHAZANI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
Setiap hari rakyat Malaysia membuang sebanyak 38000 tan sampah atau secara puratanya 1.17 kilogram sisa pepejal bagi setiap seorang. Perkara ini pasti memberi kesan kepada kos operasi pelupusan sampah dan jika tidak dikawal ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran persekitaran bumi. Di sekolah, pihak warga sekolah turut menyokong kepada usaha kelestarian alam melalui menyediaan tong sampah kitar semula. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dilaksanakan dengan baik. Menurut pemerhatian, kami mendapati masih terdapat murid-murid yang tidak mengasingkan sampah mengikut kepada warna tong sampah. Mereka juga membuang sampah dalam satu tong sampah yang sama. Hasil temubual bersama murid mendapati mereka terkeliru terhadap kategori tong sampah dan bahan-bahan yang perlu dibuang. Bagi mengatasi masalah ini,. Satu inovasi telah dihasilkan berasaskan kepada pembelajaran berasaskan permainan iaitu The Eco Champion: Ecology Redemption. Permainan ini dibangunkan bertujuan sebagai medium pembelajaran kelestarian dan promosi berkenaan kepentingan kitar semula melalui penghasilan permainan. Melalui permainnan ini, murid dapat mempelajari berkenaan dengan perbezaan jenis sampah untuk dimasukkan ke dalam tong sampah kitar semula. Hasil daripada pembangunan permainan ini, daripada pemerhatian, murid-murid dapat memasukkan sampah ke dalam tong sampah kitar semula pada warna yang betul. Selain itu, pengumpulan sampah mengikut kategori ini berjaya untuk menjana kewangan. Kesimpulannya, melalui permainan The Eco Champion : Ecology Redemption dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan amalan kelestarian alam dalam sekolah disamping menjana pendapatan kepada sekolah.