Nur Aleeyah Tasnim Binti Ahmad Fadhil Subky Kolej Vokasional Dungun
Cut and Trace set ini merupakan sebuah alat inovatif yang menggabungkan fungsi pemotongan dan penandaan fabrik dengan idea ‘2 in 1’ dan bertujuan untuk meningkatkan efisiensi serta ketepatan dalam industri fesyen dan tekstil. Alat ini direka untuk mengurangkan masa semasa proses pemotongan dan penandaan kain, serta meminimumkan kesalahan yang sering berlaku apabila menggunakan dua alat secara berasingan. Objektif utama projek ini adalah untuk mencipta alat yang efisien, ergonomik, dan mudah digunakan oleh pereka fesyen, tukang jahit, dan pelajar. Masalah utama yang ingin diselesaikan adalah ketidakcekapan dan risiko kesalahan dalam proses penandaan pola kain. Alat ini penting kerana ia mampu mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan kualiti hasil kerja. Kecekapan alat ini terbukti dengan pengurangan masa kerja sebanyak 30% dan peningkatan ketepatan penandaan. Alat ini direka agar ia dapat dihasilkan secara besar-besaran dengan kos yang berpatutan, menjadikannya mudah dihasilkan semula dan sesuai untuk penghasilan industri. Ujian awal menunjukkan keberkesanan yang tinggi, dan maklum balas pengguna menunjukkan kepuasan terhadap kemudahan penggunaan dan prestasi alat ini. Dengan strategi pemasaran yang tepat, alat ini berpotensi untuk diimplementasikan secara meluas dalam industri fesyen dan tekstil, dari pendidikan hingga ke pengeluaran besar-besaran, membawa perubahan yang signifikan dalam cara kerja dan meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja dalam industri ini.