HERMALINI BINTI MOHD HASSAN KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
Projek ini dijalankan untuk mengatasi masalah penguasaan konsep asas dan minat pelajar dalam kursus Kimia Tak Organik yang merangkumi topik Jisim, Jadual Berkala Unsur, Ikatan Kimia, Asid dan Bes, serta Termokimia. Pemerhatian awal mendapati pelajar sukar mengakses bahan rujukan yang tersusun dan kurang berminat dengan kaedah pengajaran konvensional yang hanya memaparkan modul pengajaran serta ‘chalk and talk’. Sebagai intervensi, projek e-ChemSet diperkenalkan sebagai sebuah platform pembelajaran yang menggunakan Padlet sebagai platform yang boleh diakses sebagai laman web dengan pantas melalui imbasan kod QR. e-ChemSet mengintegrasikan nota infografik konsep kartun, latihan berformat peperiksaan (Gerak Gempur), kuiz interaktif (aplikasi Quiz.zep), video eksperimen YouTube, pembelajaran melalui video (NoteBookLM), dan nota pintar berbantuan AI (NoteBookLM). Melalui e-ChemSet ini, pelajar dapat mengakses semua bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam satu platform sahaja dan ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Kajian ini menggunakan model Kemmis & McTaggart sebagai satu model Kajian Tindakan yang banyak digunakan dengan menekankan empat langkah utama kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati, dan merefleksi. Dapatan kajian dijangka menunjukkan peningkatan ketara dalam skor ujian pasca dan perubahan sikap positif pelajar terhadap subjek Kimia Tak Organik melalui kemudahan akses kendiri.