Prof. Madya Dr. Norazimah Binti Zakaria Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
EduVid Bitara merupakan inovasi transformasi teks kepada video. Buku Sulalatus Salatin merupakan teks Kesusasteraan Melayu Komunikatif bagi pelajar Pra universiti aliran sastera dan pelajar universiti awam. Objektif kajian ialah menjelaskan adaptasi bahan pembelajaran Sulalatus Salatin berasaskan peristiwa melalui inovasi Eduvid Bitara. Kajian ini bernilai tambah apabila ia berupaya memperkenalkan elemen baharu dalam karya sebagai sumber pelestarian untuk dihayati pelajar. Inovasi mengenai karya ini memudahkan pelajar memahami isi kandungan dan konteks karya pada zaman kini. Sebagai sebuah karya yang diiktiraf oleh UNESCO, inovasi ini dilihat sebagai satu usaha melestarikan dan mengangkat martabat warisan bangsa sejajar dengan menyahut misi pengekalan warisan antarabangsa UNESCO dan pengekalan warisan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.