SS431: PYC GAMES

KHIDIR ALIF BIN PARIZAN KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

Pengkelasann fail mengikut sistem fail yang betul adalah sangat penting dalam pengurusan pemfailan. Pengurusan fail dilaksanakan melalui beberapa proses iaitu klasifikasi, penyusunan, penyimpanan serta pelupusan supaya mudah  direkod, dirujuk dan diperoleh apabila diperlukan. Pembelajaran mengenai pengurusan sistem fail terkandung dalam pembelajaran bagi kursus Pengurusan Pemfailan bagi Program Pengurusan Perniagaan dan Program Kesetiausahaan Pentadbiran. Melalui ujian pra yang dijalankan, sebanyak 50 peratus pelajar 2BPP melakukan kesalahan ketika mengelaskan fail. Melalui ujian pra, dapat dikenalpasti pernyataan masalah yang berkaitan di mana pelajar membuat kesilapan mengelaskan fail berdasarkan 4 jenis sistem fail yang telah ditetapkan. pelajar keliru dalam menentukan penyusunan  bagi jenis kaedah pemfailan yang berbeza dan sukar untuk menentukan bagaimana dokumen difailkan mengikut setiap jenis sistem pemfailan. Oleh itu, PICK YOR CARD GAME (PYC GAME) yang merupakan permainan pendidikan  dan pembelajaran mengenai pemfailan  direka khas untuk membantu pelajar memahami sistem pengurusan fail dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Objektif inovasi ini adalah untuk memadankan jenis kad yang sesuai ke dalam papan permainan, menggalakkan interaksi sosial antara kumpulan, merangsang minat pelajar dengan penggunaan elemen warna dalam penyediaan PYC game . Melalui kaji selidik serta temubual bersama pelajar yang bermain permainan PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) mendapati inovasi ini adalah aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif   kerana pelajar dapat belajar memahami pengelasan sistem fail dengan tepat dengan cara permainan. PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) ini merupakan inovasi yang menggunakan elemen permainan untuk menguatkan pemahaman pelajar dalam konsep permainan (Game-Based Learning) serta menjadikan pembelajaran secara kolaboratif antara pelajar. Inovasi ini juga menggunakan pendekatan pengalaman yang memberi peluang kepada pelajar untuk memahami prosedur pengurusan  sistem fail dengan baik. Pelajar dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam menguruskan fail. Keistimewaan PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) yang dibangunkan adalah merupakan alat membantu mengajar yang merentasi kurikulum program di bawah Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional. Penambahbaikan yang kami laksanakan pada kali ini adalah penggunaan elemen warna yang menarik pelajar sebagai usaha untuk menarik minat pelajar apabila menggunakan PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) Pelajar lebih teruja untuk memilih sampul yang berwarna warni. Kesimpulannya  PICK YOUR CARD GAME (PYC GAME) bukan sahaja digunakan untuk membantu pelajar mengingati fakta berkaitan pengurusan pemfailan dengan kaedah permainan tetapi ia juga konsep permainan kad yang diberi nafas baru dengan elemen warna dan kaedah pemadanan fakta yang tersusun.

Kata Kunci: permainan, sistem fail, pengurusan pemfailan