ALEESYA NURSARI BINTI MOHD NASIR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA,
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tidak mengira lelaki atau perempuan, sebahagiannya terlibat dengan aktiviti seperti majlis perasmian, perhimpunan rasmi, mesyuarat, kuliah, ceramah, majlis perkahwinan atau kenduri dan sebagainya. Antara peralatan yang kerap digunakan adalah peralatan komunikasi siaraya dan tempat berucap iaitu Rostrum merupakan satu peralatan yang digunakan untuk tujuan pengucapan. Kebanyakkan rostrum berukuran besar dan berat dimana proses menyimpan dan membawa atau memindahkannya agak sukar. Selama ini proses yang digunakan untuk mengubah, memindah atau membawa adalah dengan menggunakan troli atau tenaga kerja yang ramai. Fold Rostrum (FoldRost) ini adalah suatu inovasi yang dijalankan bertujuan untuk memudahkan lagi sesuatu proses menyimpan dan membawa atau memindahkannya tanpa menggunakan troli atau tenaga kerja yang ramai. Ini adalah hasil daripada pengubahsuaian rostrum yang sedia ada. Selain dari itu meminimakan penggunaan ruang. Fold Rostrum (FoldRost) boleh digunakan di mana-mana tempat mengikut citarasa pengguna dan seterusnya memudahkan pengguna terutamanya kaum wanita. Dengan menggunakan Fold Rostrum (FoldRost), ianya dapat dikendalikan dengan mudah, mengurangkan risiko kecederaan dan memberi kesan yang efektif serta menjimatkan tenaga, masa dan kos. Disamping itu ianya mempunyai nilai estetik dan ergonomik yang tinggi. Fold Rostrum (FoldRost) tidak mencemarkan alam sekitar kerana direka tanpa menggunakan bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar dan mesra pengguna. Dengan adanya Fold Rostrum (FoldRost) ini memberi keselesaan kepada pengguna kerana dapat digunakan secara optimum. Hasil daripada projek ini, didapati ianya adalah berjaya samada dari segi operasi kendaliannya mahupun aplikasinya kepada masyarakat setempat. Akhir kata, projek ini boleh dikomersialkan berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pengguna.
Type Your Abstract Here!