PRV307: Debat Interaktif: Jalan Pintas Mahir Bahasa Arab

DR. NOR HAZRUL BIN MOHD. SALLEH Universiti Malaya

iRISE25 | Professional - Online

CR: 0.4049 | 66 Likes | 163 Views | 24 times | LS: 116.7
Like it? | Support them now!

Inovasi dalam pengajaran bahasa Arab melalui kaedah debat bertujuan meningkatkan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan elemen pertandingan yang terancang dan berstruktur. Pelajar berperanan sebagai urusetia manakala pensyarah bertindak sebagai juri dan pemantau. Ia mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan kolaboratif. Borang pemarkahan disediakan bagi menilai aspek isi debat, kaedah penyampaian dan bahasa. Maklum balas peserta dikumpul dan dianalisis sebagai bukti keberkesanan inovasi ini. Kaedah ini telah berjaya meningkatkan keyakinan, kemahiran berfikir kritis dan penguasaan bahasa Arab pelajar. Implikasi inovasi ini mencadangkan perluasan kepada semua pelajar bahasa Arab dengan penyediaan modul latihan yang berstruktur dan bengkel sokongan yang sesuai.