SS68: UNOLINGO 2.0

NUR DINI UZMA BINTI SABRI IPG KAMPUS PERLIS

UnoLingo 2.0 ialah inovasi pendidikan interaktif yang dicipta khas untuk kanak-kanak prasekolah dan murid bermasalah pembelajaran. Sebagai versi baharu yang dipertingkatkan daripada UnoLingo, UnoLingo 2.0 kini menggabungkan elemen fizikal dan digital bagi meningkatkan kemahiran literasi awal melalui permainan yang menyeronokkan. UnoLingo 2.0 bukan sahaja menyokong perkembangan kognitif dan bahasa, malah memenuhi fitrah kanak-kanak untuk belajar melalui bermain seperti yang digariskan oleh tokoh-tokoh pendidikan awal. Inovasi ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, menyeronokkan dan inklusif kepada kanak-kanak, menjamin peningkatan keterlibatan mereka dalam proses pembelajaran dan menjadikan ianya satu bahan bermanfaat kepada guru, ibu bapa dan kanak-kanak.