AISYAHTUL HUMAYRAK BINTI OSMAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Kajian ini membentangkan aplikasi Aksara e-Jawi Explorer yang ditubuhkan oleh kumpulan Jawi Synergy. Satu inovasi pembelajaran digital berasaskan gamifikasi untuk membantu pelajar sekolah menengah rendah menguasai tulisan Jawi. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kesukaran pelajar menguasai Jawi akibat kaedah pengajaran tradisional yang kurang interaktif. Inovasi ini dibangunkan berasaskan teori konstruktivisme dengan memanfaatkan aplikasi Canva AI sebagai platform pembelajaran. Hasil pelaksanaan awal menunjukkan peningkatan penglibatan, kefahaman dan motivasi pelajar dalam membaca, menulis serta mengeja perkataan Jawi. Inovasi ini berpotensi menyokong transformasi pendidikan digital dan pemerkasaan warisan tulisan Jawi.