SHAFIDAH BINTI SAAD SMK SUNGAI LAYAR
Penciptaan inovasi helikopter DIY menggunakan bahan kitar semula mempunyai potensi besar untuk memberikan manfaat positif kepada alam sekitar, ekonomi, dan teknologi. Walaupun ada beberapa cabaran yang perlu diatasi namun usaha ini amat penting untuk mewujudkan industri penerbangan yang lebih mampan. Mencipta helikopter daripada bahan kitar semula menggalakkan inovasi dan pembangunan teknologi baharu dalam bidang bahan, reka bentuk, dan pembuatan dalam kalangan pelajar sekolah. Ia secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi serta kejuruteraan. Selain itu, inovasi ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya kitar semula dan penggunaan bahan kitar semula untuk menjaga alam sekitar. Ini dapat menghasilkan penyelesaian yang lebih cekap dan mampan pada masa hadapan. Malah, mungkin ada persepsi dalam masyarakat tentang kualiti dan keselamatan helikopter yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Pendidikan dan sosialisasi yang baik diperlukan untuk mengatasi persepsi ini.