YCV53: ORGANIC REPELLENT Tinospora Crispa

WIRA ADY IKHLAS BIN MOHD AKMAL FAUZI SMK SUNGAI LAYAR, SUNGAINPETANI

Organic repellent sangat penting dalam bidang pertanian masa kini. Penggunaan organic repellent ini mampu menghalang serangan serangga perosak terhadap tanaman sayur-sayuran berbuah dan berdaun yang ditanam dan diusahakan oleh pelajar-pelajar Pertanian di tapak penanaman sekolah. Penggunaan organic repellent lebih digemari oleh pengusaha bidang penanaman masa kini kerana tiada kesan sampingan terhadap hasil sayuran, menghasilkan sayuran yang bebas penggunaan bahan kimia berbahaya serta hasil yang bersih dan sihat untuk kesihatan manusia. Keberkesana penggunaan organic repellent ini sangat berkesan terhadap sayur-sayuran berbuah dan berdaun serta sifatnya yang mesra alam dan kos yang rendah mampu dihasilkan dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Perkara yang paling penting ialah kesihatan manusia lebih terjamin serta dapat menghindarkan masalah kesihatan akibat kesan bahan berbahaya daripada sisa kimia pertanian. Diharapkan produk ini dapat dikomersialkan dan dipasarkan di pasaran. Penghasilan organik repellent daripada pokok akar seruntun atau nama saintifiknya Tinospora crispa adalah menggunakan bahagian akar. Rasa yang pahit yang dikeluarkan oleh bahagian akar pokok ini mampu menghindarkan serangga perosak daripada merosakkan bahagian daun dan buah. Secara tidak langsung, ia dapat menghasilkan sayur yang lebih berkualiti, segar dan bernilai estetika.