PR427: RAJA TEMPAT LETAK KERETA

LILY LING HUI LI SJK KWONG HUA

Inovasi RAJA TEMPAT LETAK KERETA merupakan pendekatan pedagogi inovatif berasaskan pembelajaran melalui permainan bagi meningkatkan kemahiran mengenal dan membaca perkataan Bahasa Cina dalam kalangan murid prasekolah. Inovasi ini selari dengan prinsip pembelajaran abad ke-21 yang menekankan penglibatan aktif dan pembelajaran bermakna. Tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan rakaman video mendapati tahap penguasaan kosa kata Bahasa Cina serta minat pembelajaran murid berada pada tahap rendah. Pelaksanaan inovasi ini menunjukkan peningkatan signifikan dalam literasi awal murid, di samping meningkatkan motivasi intrinsik, penglibatan aktif dan minat kehadiran ke sekolah. Inovasi ini berpotensi diaplikasikan secara meluas sebagai amalan terbaik pendidikan awal kanak-kanak di peringkat global.