PRV547: BRAINGYMOSIS

Faiznur Binti Ishak KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Inovasi Braingymosis merangsang semua deria dan kemahiran pelajar secara menyeluruh dengan menggabungkan elemen visual, kinestetik, dan auditori dalam pembelajaran mitosis. Pelajar memahami konsep dengan lebih mendalam melalui penyusunan dan pergerakan kromosom secara fizikal sambil menyanyikan lagu lirik mitosis yang mudah diingat. Melodi yang rancak dan lirik yang ringkas membantu pelajar mengingati fasa mitosis dengan lebih pantas sambil merangsang kemahiran motor dan ingatan jangka panjang. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif, malah membantu membina asas kukuh dalam topik pembahagian sel, seterusnya membolehkan pelajar menguasai topik meiosis dengan lebih baik serta membanding beza antara mitosis dan meiosis dengan jelas.