SSV255: BANANA DON

NUR ALISYA SYAMIRA BINTI MOHD AZRI KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

BANANA DON adalah produk inovasi yang digunakan untuk mengekalkan kesegaran buah pisang. Jangka hayat buah pisang yang telah masak adalah singkat iaitu hanya 3-5 hari sahaja. Antara langkah bagi mengekalkan kesegaran buah pisang adalah dengan membalut tangkalnya. Namun masalah yang timbul dengan berbuat demikian adalah peragaan buah pisang yang tidak kemas terutamanya kepada penjual buah pisang. Oleh sebab yang demikian, kami telah menghasilkan BANANA DON. BANANA DON dihasilkan dengan penggunaan silikon bagi menutup tangkal sikat buah pisang daripada mengeluarkan GAS ETILENA sejurus dapat memanjangkan hayat buah pisang sehingga 5 hari lebih lama dari kebiasaannya. Tambahan pula, POTASSIUM PERMANGANATE akan diletakkan kedalam silikon bagi melindungi buah daripada bakteria dan parasit.