PRV488: I-Thiqah: Prinsip Jarh Wa Ta’dil Dalam Membentuk Integriti Kontemporari

ABDUL MU'IZ BIN HAZBAN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

“i-Thiqah: Prinsip Jarh wa Ta’dil dalam Membentuk Integriti Kontemporari” mengintegrasikan nilai-nilai tradisional Islam dengan cabaran integriti masa kini. Prinsip Jarh wa Ta’dil menawarkan pendekatan untuk menangani maklumat palsu dan manipulasi data. Ketiadaan modul khusus menjadi halangan utama pengaplikasiannya. Inovasi ini memperkenalkan modul pendidikan dan aplikasi praktikal untuk menyebarkan nilai kredibiliti, keadilan, dan ketelitian. Modul ini membantu masyarakat menilai sumber maklumat dan membuat keputusan berasaskan integriti. i-Thiqah berpotensi mendidik masyarakat moden, dengan cadangan penggunaannya diperluaskan ke institusi pendidikan dan sektor korporat bagi melahirkan masyarakat bertanggungjawab.