HANITA BT. LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS
History E-Book Project merupakan satu inovasi pedagogi yang menggabungkan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk membimbing murid menghasilkan e-Book atau buku digital berfokus pada topik Sejarah yang sering mengelirukan, iaitu “Penentangan Masyarakat Tempatan”. Cabaran utama yang dikenal pasti ialah kesukaran murid memahami peristiwa perjuangan tokoh tempatan disebabkan kepelbagaian tokoh, faktor penentangan, dan perkembangan peristiwa yang berbeza, yang seterusnya menimbulkan kekeliruan semasa menjawab soalan. Tambahan pula, dapatan awal menunjukkan murid belum pernah menggunakan AI dalam penghasilan bahan pembelajaran digital.
Sehubungan itu, integrasi AI dilaksanakan untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berpusatkan murid, di mana mereka dapat menyusun, menganalisis, dan menulis bahan pembelajaran secara kreatif melalui e-Book. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan murid terhadap topik berkenaan, tetapi juga membentuk persepsi positif terhadap penggunaan AI dalam pembelajaran Sejarah. Implementasi inovasi ini menunjukkan bahawa murid dapat menghasilkan karya digital yang lebih teratur, interaktif, dan menyeluruh, sekaligus meningkatkan motivasi dan pemahaman mereka secara signifikan.
Type Your Abstract Here!