JCV541: EARTH HERO GAMES: OCEAN HERO

AMERUL HADI BIN ROSLI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH

Laut merupakan habitat untuk semua jenis hidupan laut. Ia juga menjadi sumber pekerjaan kepada manusia. Pada hari ini, kebanyakan lautan telah dicemari dengan sampah sarap dan tumpahan minyak. Banyak kempen untuk menyelamatkan lautan telah dilaksanakan seperti Ocean Cleanup. Walaubagaimana pun, kempen dalam kalangan kanak-kanak masih kurang dilaksanakan. Oleh yang demikian, satu inovasi berasaskan gamifikasi telah dibangunkan iaitu Earth Hero Games Ocean Hero. Melalui inovasi ini, murid dapat belajar mengenai kesedaran menyelamat dan menjaga lautan melalui medium interaktif dan menarik.