YCV195: NUGGET MIX VEGAN

Muhammad Izzat Haikal Bin Shahrolmizi NOBLE SCHOOL CITY CAMPUS

Nugget Mix Vegan ialah produk makanan yang berasaskan 4 bahan iaitu terung, kentang, brokoli dan biskut. Ia betujuan menarik minat pelanggan yang hanya makan makanan vegetarian. Penggunaan terung adalah sayurang yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral, serta ia juga rendah kalori. Selain itu, kentang mempunyai sumber energi yang kaya dengan karbohidrat yang merupakan sumber utama bagi tubuh badan. Seterusnya biskut kering terutama yang diperbuat dengan gandum memiliki kadar serat yang baik untuk pencernaan. Produk nugget eggplant dapat digunakan oleh semua individu tanpa mengira jantina dan usia. Perlaksanaan produk nugget eggplant juga dapat digunakan dalam mengekalkan pemakanan yang sihat.