PRV179: HANI GAME LEARNING

HANITA BINTI LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS

iRISE25 | Professional - Online

CR: 0.0000 | 0 Likes | 91 Views | 111 times | LS: 111.0
Like it? | Support them now!

Inovasi HANI GAME LEARNING atau HANI TRUE MATCH bagi membolehkan murid menguasai isi pelajaran yang melibatkan peristiwa perjuangan tokoh. Murid mengalami kesukaran menguasai topik seperti Perjuangan Tokoh-tokoh Pemimpin Tempatan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara kerana melibatkan ramai tokoh pejuang. Murid juga keliru dan sukar mengingat sebab-sebab dan peristiwa perjuangan setiap tokoh yang berbeza-beza. Permainan HANI TRUE MATCH yang berbentuk kad dan digital digunakan bagi melibatkan murid menyusun padan dan membuat penerangan berkaitan perjuangan tokoh. Dapatan yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan menggunakan inovasi HANI TRUE MATCH memperlihatkan peningkatan dalam penguasaan murid tentang topik Perjuangan Tokoh-tokoh Pemimpin Tempatan dengan gred purata mata pelajaran dari 7.68 kepada 2.09. Maklum balas dari murid dan pemerhatian juga menunjukkan murid sangat fokus dan seronok mengikuti sesi pembelajaran. Keberkesanan bahan dan aktiviti yang dijalankan mendorong saya menghasilkan Bahan Bantu Mengajar seperti permainan HANI TRUE MATCH untuk topik-topik yang berikutnya. Seiring dengan keperluan semasa, HANI TRUE MATCH boleh diaplikasikan secara digital menggunakan telefon pintar dan komputer. Produk HANI TRUE MATCH telah mendapat Hakcipta MyIPO dan disebarluas sehingga peringkat antarabangsa. Inovasi ini turut dimuatkan dalam buku Pedagogi Sukar terbitan Institut Pendidikan Guru Malaysia.