PR458: TRINOVA3E

ZARINA BINTI TAJUDDIN SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM

TriNova 3E merupakan sebuah inovasi pendidikan yang bertujuan untuk memperkenalkan konsep tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan bandar lestari kepada murid sekolah rendah. Nama "TriNova 3E" merujuk kepada gabungan tiga sumber tenaga semula jadi iaitu Energy from Earth, Wind & Water, yang masing-masing mewakili tenaga suria, tenaga angin dan tenaga hidro.Projek ini dibangunkan sebagai alat pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) yang memberi peluang kepada murid untuk meneroka, membina dan mengaplikasikan pengetahuan STEM secara praktikal. Model bandar lestari yang dihasilkan dalam projek ini menunjukkan bagaimana sumber tenaga boleh diperbaharui dapat digunakan secara bersama untuk menyokong kehidupan moden yang lebih mesra alam dan mampan. Melalui projek ini, murid bukan sahaja didedahkan kepada isu semasa berkaitan perubahan iklim dan krisis tenaga, malah mereka turut mengembangkan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kreativiti dan kerja berpasukan. TriNova 3E diharap dapat menjadi inspirasi kepada murid dan komuniti untuk terus menyokong inisiatif teknologi hijau dan menjadikan amalan lestari sebagai sebahagian daripada gaya hidup