NURUL NADHIRAH BINTI SHARUPUDDIN IPGM Kampus Raja Melewar
Inovasi TERRAFORCE.VR diperkenalkan sebagai inisiatif dalam Pendidikan Islam untuk meningkatkan kesedaran murid tentang adab terhadap alam sekitar. Inovasi ini dibangunkan menggunakan sebuah aplikasi Virtual Reality (VR) iaitu CoSpace.Edu untuk mencipta pengalaman pembelajaran interaktif dan praktikal melalui penerokaan pengalaman realiti maya. Inovasi ini mengaitkan pemahaman tentang alam sekitar dengan hukum syarak serta dalil naqli yang menekankan tanggungjawab manusia sebagai khalifah. Dengan pengalaman pembelajaran interaktif, murid dapat meneroka keindahan alam sambil memahami nilai-nilai penting dalam menjaga persekitaran. Inovasi ini jugak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keterlibatan murid dalam isu alam sekitar dan menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan relevan.