PR622: MATH TUNNEL

MUNA WARAH BINTI NUKMAN KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Berikutan keputusan Matematik yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2024, Unit Matematik telah melaksanakan inovasi Math Tunnel bermula 21 Disember 2024 sebagai salah satu inisiatif interaktif berteraskan teori konstruktivisme.

Ujian pra dan pos terhadap pelajar Teknologi Elektronik menunjukkan peningkatan ketara daripada 46.8% kepada 81.6% antara 19 Disember dan 14 Januari 2025. Susulan impak positif ini, lorong di hadapan bengkel Teknologi Elektronik telah ditambah baik dengan menambah lagi bilangan nota untuk topik Set, Kebarangkalian dan Asas Nombor oleh pelajar Program Sistem Komputer & Rangkaian (KSK) dan Program Pemesinan Am (MPI).

Pelaksanaan rasmi disempurnakan oleh Pengarah KV Miri pada 3 Februari 2025, melibatkan 211 pelajar. Soal selidik menunjukkan 94% pelajar berpuas hati dengan keberkesanan Math Tunnel dalam meningkatkan pengetahuan mereka.

Analisis keputusan rasmi menunjukkan lonjakan kadar lulus kepada 95.7%, PNG meningkat kepada 3.13 dan bilangan pelajar cemerlang (A/A-) bertambah 5.2% kepada 39.4%, menjadikan kohort ini terbaik dalam tempoh lima tahun. Impak ini telah menyaksikan 130 daripada 211 pelajar menerima Anugerah Peningkatan Matematik pada 14 Mei 2025.

Susulan lonjakan ini, ‘Math Tunnel’ disebarluar ke susur gajah yang lain. Malah nota-nota yang ditampal juga turut dijadikan sebagai bahan bacaan sempena slot membaca.