YCV296: CalciGrow Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek Biologi

ILYA INSYIRAH BINTI ZULKEFLI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

Kepentingan makronutrien dalam tumbuhan adalah topik Bab 3 Nutrisi Tumbuhan Biologi tingkatan 5. Berdasarkan kajian awal, didapati 22 orang murid 5A mengalami kesukaran mengingat nama makronutrien dan fungsinya untuk pertumbuhan pokok. Justeru, satu intervensi dilaksanakan melalui aktiviti Pembelajaran Berasaskan Projek(PBL) dengan merekabentuk bahan menggunakan sisa dapur dengan penghasilan inovasi “CalciGrow”.Hasil kajian mendapati CalciGrow dengan medium kulit telur+kulit bawang mampu meningkatkan pertumbuhan pokok sawi dengan lebih cepat sebanyak 0.5cm berbanding medium kawalan, medium kulit telur+serbuk kopi dan medium kulit telur+serbuk teh. Hal ini kerana ia mengandungi makronutrien Kalsium(Ca), Kalium(K) dan Magnesium(Mg). Malah, aktiviti PBL CalciGrow, memberi impak positif kepada pencapaian murid.