PR637: Kuiz Latihan Bahasa Arab Dalam Talian Menggunakan Google Form (KLBADT)

Profesor Madya Dr. Muhammad Saiful Anuar Bin Yusoff UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang

Penguasaan kosa kata, tatabahasa dan kemahiran menulis aksara Arab merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar yang mengikuti pembelajaran bahasa Arab Komunikasi di UiTM. Selain itu, Inovasi pengajaran "Kuiz Latihan Bahasa Arab Dalam Talian Menggunakan Google Form" (KLBADT) dibangunkan bagi mengatasi kelemahan penguasaan bahasa dan motivasi pelajar di UiTM. Menggunakan pendekatan latih tubi berulang secara digital, inovasi ini terbukti berkesan melalui analisis statistik. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan signifikan dalam skor Ujian Pos bagi penguasaan kosa kata, tatabahasa dan kemahiran menulis aksara Arab (Wilcoxon Test: p < .001) serta tahap motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dengan min skor 91.1%. Analisis regresi turut mengesahkan bahawa penggunaan KLBADT memberi impak positif terhadap pencapaian Ujian Bertulis akhir (B=0.357, p=0.009). Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan masa pensyarah melalui penggredan automatik dan bersifat kos efektif, malah berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai E-Workbook bagi institusi pendidikan lain, sekaligus menyokong agenda pembelajaran teradun.