Dr. Mohd Iqbal Badaruddin Jab. Pengajian Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Caw. Kelantan, Kampus Machang, Kelantan.
Pendidikan teori seni di kalangan pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA kampus Machang (Kelantan) dan Kota Samarahan (Sarawak) bagi kursus pengajian budaya visual (Visual Culture Studies - VCS) seperti teori seni dan sejarah seni kurang diminati. Melalui pemerhatian, para pelajar KPSK di dua buah kampus lebih selesa dengan kursus berorientasikan studio/practice-based learning. Hal ini disebabkan kaedah pengendalian kursus VCS hanya dipelajari secara teori, berbanding kursus studio seni yang dijalankan secara praktikal dengan menekankan kemahiran khusus. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar KPSK terhadap penggunaan platfom Ai sebagai kaedah dalam pembelajaran yang mampu menghasilkan produk inovasi (termasuk video pembentangan), khususnya melalui kursus teori seni. Di samping itu, kajian secara tidak langsung berhasrat mengetengahkan kepentingan mempelajari dan memahami teori-teori seni melalui penulisan prompt selaras dengan keperluan industri terutamanya selepas tamat pengajian. Hasil kajian menunjukkan konsep pembelajaran yang dihasilkan telah menggalakkan para pelajar KPSK di dua kampus berbeza (bahagian pantai timur & borneo, Malaysia) menterjemahkan teori seni melalui penulisan prompt yang dinyatakan, kepada penghasilan sesebuah rekaan seni dalam jangka masa yang singkat sebelum diterjemahkan dalam pelbagai bentuk merchandise sebagai projek inovasi mereka. Konsep kajian yang dihasilkan merupakan inovasi terhadap bidang pendidikan teori dan sejarah seni khususnya golongan pendidik sebagai usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang praktikal walaupun dalam sesebuah sesi syarahan (kelas). Kerangka konsep yang dicadangkan menjadi satu kaedah yang baik untuk rujukan khususnya dalam bentuk buku panduan kepada para pendidik dan pelajar bagi kursus VCS secara ringkas serta infografik. Reka letak yang tersusun dan mudah difahami, membantu pembaca mengaplikasikan kerangka konsep agar dapat diterjemahkan dengan baik