YCV513: SCOLTER

AHMAD LUQMAN AFIF BIN AHMAD ZAIDI KOLEJ VOKASIONAL IPOH

iRISE25 | Young Creator

CR: 0.3333 | 2 Likes | 6 Views | 8 times | LS: 10.7
Like it? | Support them now!

Pasir merupakan salah satu bahan utama dalam bidang pembinaan. Sebagai pelatih dalam bidang ini, menapis pasir merupakan aktiviti yang sering dilakukan semasa membuat latihan amali. Menapis pasir secara manual menggunakan tenaga dan mengambil masa yang lama. Sehubungan dengan itu, inovasi SCOLTER ini bertujuan menambahbaik kaedah menapis pasir yang sering dilakukan secara manual. SCOLTER ini bertujuan menjimatkan tenaga dan masa semasa kerja-kerja menapis pasir. Selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari, SCOLTER menerapkan elemen 9 (Industri, Inovasi dan Prasarana), elemen 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) dan elemen 17 (Kerjasama Demi Matlamat). Produk ini turut mengambil kira aspek penggunaan bahan kitar semula. Secara tak langsung ini dapat menjimatkan penggunaan sumber alam semula jadi sekaligus dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar. Produk SCOLTER boleh digunakan kepada pelatih-pelatih institusi kemahiran bidang pembinaan, pekerja tapak bina dan individu persendirian yang terlibat menggunakan penapis dalam pembinaan bangunan.