PRV400: MINI SOLAR CHAINSAW

TENGKU KHAIRUL ANUAR BIN TENGKU MAT HALIM KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN

Perkembangan dunia inovasi kini seiring dengan kemajuan teknologi dunia yang moden di peringkat global. Malah pelbagai projek yang telah diinovasikan supaya menjadi lebih mesra alam iaitu ‘go green’ untuk dipasarkan didalam kehidupan yang seba moden. Oleh itu, satu inovasi sebuah mesin gergaji telah dibangunkan mengikut arus kemajuan pada masa kini. Mesin gergaji berantai ini menggunakan sumber bekalan kuasa bateri yang dicas menggunakan sistem solar. Mesin gergaji ini adalah mesra alam berbanding "chainsaw" sedia ada yang menggunakan bahan api (petrol) yang akan mengakibatkan pencemaran udara disebabkan pembebasan gas karbon monoksida ke udara. Projek ini merupakan mesra alam dan sesuai untuk diaplikasi pada pekebun dan petani kerana menjimatkan kos bahan bakar serta dapat mengurangkan pencemaran udara pada masa kini.