Norsuhaida Binti Abd Rahman Kolej Vokasional Langkawi
Cili kering salah satu bahan makanan yang selalu digunakan dalam masakan, penghasilan makanan ringan dan sebagainya. Dalam kemajuan teknologi pada zaman ini pengasingan biji cili kering seringkali mengunakan tenaga kerja yang banyak dan menyebabkan kecederaan fizikal semasa proses mengasingkan cili kering secara manual. Oleh itu , projek yang akan dihasilkan ini adalah sebuah mesin yang dinamakan Mesin Pengasing Biji Cili Kering Separa Automatik . Mesin ini menggunakan bilah pisau dan plat yang direka bagi memotong dan mengasingkan biji cili kering dengan mudah. Pada masa yang sama , mesin ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk mengasingkan biji cili kering dengan menggunakan kawalan motor. Mesin Pengasing biji cili kering ini direka khas untuk memudahkan urusan pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) dan mudah diselenggara.