PRV367: MASTER NAHU: MENGUASAI NAHU MELALUI PEMBELAJARAN INTERAKTIF

DR WAN ROHANI WAN MOKHTAR UNIVERSITI MALAYA

Abstrak: Penguasaan nahu Arab merupakan komponen penting dalam memahami teks Arab klasik dan moden terutamanya bagi pelajar yang mengikuti pengajian Islam. Namun, kaedah pengajaran tradisional sering kali kurang efektif dalam menarik minat dan meningkatkan kefahaman pelajar. Sehubungan itu, pendekatan pembelajaran interaktif diperkenalkan sebagai alternatif untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih dinamik, menyeronokkan, dan berpusatkan pelajar. Kajian ini menilai keberkesanan pendekatan tersebut dalam meningkatkan penguasaan nahu Arab dalam kalangan pelajar. Objektif kajian ini ialah untuk meningkatkan kefahaman serta minat pelajar terhadap nahu Arab, mengoptimumkan penyertaan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengukur kefahaman pelajar sebelum dan selepas pengajaran interaktif. Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang pelajar Asasi Pengajian Islam. Instrumen kajian yang digunakan meliputi soalan ujian, nota interaktif dan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan 92.7% pelajar berjaya meningkatkan penguasaan mereka terhadap tajuk nahu Arab yang diajar setelah mengikuti pengajaran interaktif dengan perbezaan markah min sebelum dan selepas pengajaran sebanyak 22%. Selain itu, pelajar menyatakan kepuasan yang tinggi terhadap teknik PdP yang digunakan dan terbukti meningkatkan motivasi dan penyertaan mereka dalam pembelajaran