PR65: EASY PEASY SKETCHING

NOORUL EMMA BINTI MOHD ZOHARI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Easy Peasy Sketching diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar pelbagai graf fungsi dengan betul dan tepat. Easy Peasy Sketching merupakan satu inovasi yang menggabungkan video langkah-langkah melakar graf bagi fungsi malar, linear, kuadratik, kubik, salingan, nilai mutlak, eksponen, logaritmik dan punca kuasa dua. Platform atas talian yang kami gunakan sebagai medium inovasi kami adalah Padlet kerana ia bersifat mesra pengguna dan mudah diakses tanpa mengira masa dan tempat. Kajian ini melibatkan 24 pelajar dari kelas S1K4T1 jurusan sains program Sistem Dua Semester di Kolej Matrikulasi Selangor. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Keputusan ujian pra dan pos serta item dalam soal selidik dianalisis dengan menggunakan peratusan. Hasil dapatan ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara selepas Easy Peasy Sketching diperkenalkan. Hasil dapatan soal selidik juga mendapat maklum balas yang positif terhadap penggunaan Easy Peasy Sketching. Justeru, Easy Peasy Sketching merupakan satu inovasi atas talian yang berpotensi tinggi untuk disebarluas kerana ia boleh memberi manfaat kepada banyak pihak.