NURUL AIMI KHAIRINA BT SUHAIRI KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK
Produk inovasi ini memperkenalkan Granola Bar Jantung Pisang dan Buah Keriang (GRANEXT) sebagai makanan ringan berkhasiat berasaskan sumber tempatan. Jantung pisang kaya dengan serat, zat besi, vitamin serta mempunyai potensi dalam membantu penghadaman, mengawal kadar gula darah dan menyokong kesihatan jantung. Buah keriang pula membekalkan antioksidan semula jadi dan rasa manis masam unik yang menambah nilai sensori produk. Gabungan kedua-dua bahan ini dengan granola menghasilkan bar tenaga yang bukan sahaja sihat dan berkhasiat, malah menawarkan kelainan daripada produk sedia ada di pasaran. Inovasi ini juga menyokong penggunaan bahan semula jadi tempatan sebagai alternatif makanan ringan moden yang sesuai untuk semua golongan, khususnya mereka yang mementingkan gaya hidup sihat.