YCV434: TYPING HOLDER

PUTRI NURHANA QAISARA BINTI MUHAMAD LUKMAN KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS

iRISE25 | Young Creator

CR: 0.4466 | 46 Likes | 103 Views | 19 times | LS: 85.5
Like it? | Support them now!

Typing Holder 2nd Generation ialah inovasi ergonomik yang direka khusus untuk membantu pelajar Program Kesetiausahaan Pentadbiran meningkatkan kemahiran menaip mereka. Produk ini dibangunkan untuk mengatasi cabaran seperti ruang kerja yang terhad, kesukaran menaip dengan pantas, dan kekangan dalam penggunaan teknik menaip sentuhan. Produk ini berupaya untuk mengurangkan ketegangan leher dan tangan, mampu meningkatkan produktiviti kerja serta memastikan penggunaan ruang kerja yang optimum. Dengan kos pembuatannya yang rendah, alat ini terbukti mampu memenuhi keperluan pelajar dalam kursus Keyboarding dan Document Production serta kerjaya yang memerlukan kemahiran menaip. Dengan pelbagai manfaat yang terdapat padanya, Typing Holder 2nd Generation bukan sahaja membantu pelajar mengekalkan postur badan yang sihat tetapi juga memastikan keberkesanan dalam proses pembelajaran dan penghasilan dokumen.