HANITA BINTI LADJAHARUN SMK PEREMPUAN LIKAS
LUKIS & INGAT atau dikenali sebagai LENG-AT 2.0 merupakan koleksi lukisan yang mengandungi gambar asas dan arahan ringkas. Melalui penggunaan LENG-AT 2.0 murid dilibatkan dengan aktiviti melukis bagi melengkapkan lukisan asas bagi membuat imaginasi dan menggambarkan peristiwa Sejarah. Bermula dengan LENG-AT iaitu hanya 19 lukisan kini LENGAT 2.0 dengan persembahan baru terdiri dari 40 lukisan. Gambar asas yang dihasilkan oleh guru terbukti mampu mencetus dan mengembangkan idea untuk menggambarkan peristiwa Sejarah. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian pasca, pelajar terlibat aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan bersungguh-sungguh mengasah dan mengembangkan bakat mereka melukis bagi menggambarkan peristiwa sejarah. LENG-AT 2.0 bertepatan dengan keperluan PAK-21 kerana keseluruhan pelajar dapat mengaplikasikan elemen komunikasi, kolaboratif, kritis dan kreatif. Kejayaan dalam beberapa pertandingan inovasi dan terpilih dalam perkongsian amalan terbaik turut membuktikan keberkesanan LENG-AT 2.0 dan terus mendorng guru menambah koleksi lukisan hingga membolehkan inovasi ini digunakan diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Keberkesanan LENG-AT 2.0 turut diakui oleh guru-guru diseluruh negara yang telah menggunakan dan mengaplikasi di bilik darjah.