HERMALINI BINTI MOHD HASSAN KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN
eHADIR merupakan salah satu inovasi guru untuk memudahkan pengisian kehadiran pelajar direkod tanpa sebarang masalah seperti sistem "down" yang akan mengambil masa untuk 'recover'. Kajian ini membentangkan pembangunan dan pelaksanaan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang inovatif menggunakan aplikasi cloud-computing iaitu Google Sheets yang diintegrasikan bersama platform Linktree. Masalah pengurusan kehadiran secara manual sering kali membebankan pensyarah kelas dengan pengiraan statistik yang rumit dan risiko keciciran data. Inovasi ini memperkenalkan templat kehadiran digital automasi penuh yang merangkumi data pelajar, rekod kehadiran bulanan (Januari hingga Disember), dan analisis kehadiran masa nyata. Kaedah akses dipermudahkan melalui imbasan Kod QR yang menghubungkan pengguna ke laman Linktree untuk pemilihan kelas. Dapatan menunjukkan sistem ini berjaya mengurangkan masapengurusan rekod, menghapuskan ralat pengiraan manusia melalui penggunaan rumus automasi, dan memudahkan pemantauan kehadiran pelajar secara sistematik.